BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 11, 2009

SuperheRo=PahlawaN

Time2 bulan Ogos nie semua dok cite pasal hari pahlawan.....

Selama nie punyer lah aku x sedar...rupe2 nyer arwah datuk ku seorang pahlawan
penentang komunis masa zaman malaya...perhhh bangga aku dengar...Datuk ku seorang pahlawan.....
Arwah datukku seorang polis zaman komunis,dia menentang habis-habisan sehingga kita dapat mengecapi keamanan pada masa sekarang!!!Abah aku cerita yang datukku sayangkan negaranya, sampaikan datukku pernah terkena tembakan komunis di bahunya. Namun datukku masih hidup dan diberi kesempatan untuk menikmati segala nikmatnya yang telah die perjuangkan untuk anak cucu nya.......Kalaulah aku tahu datukku seorang pahlawan, aku tak kan lepaskan peluang untuk mendengar datukku bercerita tentang zaman penjajahan komunis....Namun segala pengorbanannya aku ketahui setelah datukku meninggal dunia...

Bapaku juga seorang pahlawan meneruskan perjuangan datukku......Bapaku seorang anggota polis. Bapaku pernah berdepan dengan komunis sewaktu bertugas di hutan (Polis Hutan)......Menurut bapaku, die memasuki polis tanpa diketahui oleh datukku kerana datukku tidak mahu nyawa anaknya terkorban....Namun dengan semangat dan darah pahlawan yang mengalir dalam badan bapaku membuatkan dia nekad......(BanggaNyer Aku)

Bapaku meneruskan perjuangan sehingga ke hari ini....Namun kita sebagai generasi baru, kita tidak pernah tahu kepayahan generasi terdahulu menjaga keamanan untuk mencapai keamanan.........

Sekarang tiba masa untuk aku pula meneruskan perjuangan datuk dan bapaku, Hajatku untuk menjadi anggota polis tidak kesampaian kerana masalah kesihatanku..... walaupun aku bukan anggota polis tapi aku akan cuba untuk pelihara tanah tumpah darahku dari dijajah sekali....

Kepada generasi muda, bersatu padulah....janganlah kita berpecah belah untuk mempertahankan seseorang....Bangun dan bersatu untuk kita pertahankan negara kita.....

p/s:Aku bangga darah yang mengalir dalam badan aku adalah darah pahlawan.......

0 comments: