BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 17, 2009

TEriStiMewA BuAt iNsAn.....

…..Dalam dunia ini kita tidak punyai sesiapa melainkan diri sendiri.Tetapi dalam kita bersendirian, kita masih lagi beruntung kerana mempunyai seorang INSAN yang memahami kita…..

…..Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang INSAN yang disayangi begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati apabila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita itu adalah alasan untuk menutup kesalahan dan membela dirinya…..

……Kita terlupa, kita juga pernah membuat dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita memberinya seribu satu alasan, “memaksa” dia menerima alasan kita. Waktu itu terfikirkah kita bagaimana perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu kecewa…..tetapi kita sering kali terlupa….

……Untungnya mempunyai seorang INSAN yang sentiasa berada di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan. Segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan. Apabila keliru dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian….

……Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita sehingga kadang-kadang terlupa akan INSAN yang berada di sisi kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbang dan takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia menyabarkan kita?

…..Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sebagaimana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

……Sesekali jadilah orang yang mendengar dari yang bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaannya. Kita selalu melihat dia ketawa tetapi disebalik kegembiraannya mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan…..

cuba……Disebalik senyumannya itu mungkin tersimpan banyak cerita sedih yang ingin diluahkan……Mungkin disebalik ketenangannya, tersimpan seribu kekusutan…..…..Kita tidak tahu tetapi jika kita

untuk menjadi INSAN yang seikhlas hati seperti dia, mungkin kita akan tahu jua….

0 comments: